Siapa saya yang kurus dengan mudah?

HAI SELAMAT TAHUN BARU KORANG. 🙂

Alhamdulillah, dah tahun 2018 baru terniat semula nak update blog.hehe

Its OK, segalanya bermula dengan langkah pertama kan? 

Sebagai pembuka tirai, baiklah kiranya Ayu share serba sedikit tentang diri Ayu. Haaa senanglah nanti nak kenal-kenal kan? 

 

Bismillahirahmanirahim. 

Pertama sekali, 

Saya ialah Zaleha Binti Abdul Razak. 

Lebih dikenali sebagai Ayu

Dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Bau Sarawak, Mak bidayuh, Abah melayu. 

Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata.

Housewife dan Fulltime SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR. 

 

       MY SMALL FAMILY

Haaa atas tu lah gambar kami 3 beranak. Abaikan sebab memang comel-comel belaka. hihi

 

Ok, 

Sekarang Ayu nak kongsikan, what going on dalam hidup Ayu sekarang 🙂

Sekarang Ayu dalam proses turunkan berat badan. Proses untuk turunkan berat badan ni memang mengambil hampir 60% fokus dalam kehidupan. 

Memang patutlah untuk Ayu mula menitik beratkan soal kesihatan sekarang ni. Setahun lagi dah nak masuk 3 series. huhu

Sebenarnya banyak sebab untuk Ayu ingin turunkan berat ni. Punca paling utama ialah,

Pernah satu ketika, bila berat badan naik ni, Ayu pernah berasa sukar untuk bernafas dengan baik. 

Naik tangga pun tercungap-cungap. Bila dah tercungap tu mulalah berdebar seakan-akan diserang panik. 

Memang scary bila ingatkan balik.huhu Itulah titik tolak untuk Ayu berazam untuk turunkan berat. 

Memulakan langkah pertama dan memulakan tekad untuk berubah.

Memang agak susah di permulaannya tapi insya Allah dengan semangat kuat, segalanya pasti akan tercapai, mungkin bukan hari ini, mungkin besok dan mungkin nanti. 

2015 masa tu Ayu dalam gambar  di italy trip. Masa tu  xtau berat badan berapa. 

Jadi kite compare gambar kat tahun lepas dengan trip langkawi DECEMBER 2016.

Nampak mcm ade beza walhal ikutkan badan skrg still kategori “comel” and belum capai berat ideal tapi yelah macam Ayu cakap tadi, compare to last 2 years punya photo kan? Hihi

Long way to go.
Walau Ayu tau progressnya lambat,tapi biarkan slowly but surely.

 

 

Mudahan hati ini Allah pegang untuk kekal konsisten, agar x mudah lupa daratan..

Yela takut fefeeling kurus, haaa mula mkn x ingat dunia.. hahaha Al maklum, Ayu insan yang lemah 

 

Di ruangan ni, 

Ayu share sedikit tips untuk mereka yang teringin untuk mula menurunkan berat badan

1. Jangan skip sarapan pagi.

Sarapan pagi SANGAT penting. Bila kita skip sarapan pagi, gula dalam darah akan turun dan ini akan menyebabkan kita lapar daripada biasa. Betul ke betul , bila kita skip sarapan pagi, bila sampai je waktu lunch , terus rasa lapar sampai rasa nak makan semua je.

2. Jangan berlapar. Makan 3-4 jam sekali.

Ini adalah cara yang terbaik untuk memastikan selera dan nafsu makan kita terkawal. Sebaiknya , makan 3-4 jam sekali.

3. Minum air kosong secukupnya.

Air kosong dapat mengurangkan selera dan nafsu daripada makan makanan yang bergula dan tiada nilai nutrisi. Yang bestnya, air kosong tidak mengandungi apa-apa kalori. Bagus sekiranya anda dalam proses turunkan berat.

4. Bersenam.

Tahukah anda bila kita bersenam, badan kita mengeluarkan hormon endorphins. Hormon ini dapat membantu anda untuk mengawal selera dan nafsu makan.

5. Kosongkan peti sejuk.

Sekiranya anda suka coklat, fries , nugget atau fast food yang lain, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan sihat dan baik di rumah.

6. Kacang membantu.

Kekacang seperti badam dan gajus bagus untuk mengurangkan rasa lapar. Tapi perlu ingat , kekacang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk buat anda kenyang. Makan bila anda tidak terlalu lapar . Jika tidak mungkin anda akan makan lebih dari sepatutnya.

7. Jangan mulakan dengan pencuci mulut.

Elakkan pencuci mulut di permulaan hidangan. Gula daripada pencuci mulut akan meningkatkan selera anda untuk menikmati lebih banyak makanan. Pilih makanan yang lebih seimbang. Sebagai contoh , buah !

8. Anda tertekan dan bosan ?

Perasaan bosan dan stress adalah salah satu sebab selera dan nafsu yang tidak terkawal. Kawal dan LAWaN stress dan jangan biarkan hidup anda dalam kebosanan. Lakukan aktiviti aktivi yang anda suka seperti berbasikal, window shopping dan sebagainya.

9. Jangan berbelanja mengikut nafsu .

Sebelum membeli belah , makan lah terlebih dahulu. Makan karbohidrat kompleks/protein sebelum anda berbelanja. Ia dapat mengawal dan mengurangkan nafsu makan anda. Kalau tidak ? Hmm kalau berbelanja di saat nafsu bergelora, pasti penuh raga mall tu dengan ice cream coklat dan sebagainya.

10. Tidur yang cukup

Kurang tidur akan meningkatkan nafsu makan seseorang. Pastikan tidur anda cukup sehari.

Nampak mudah kan?

Jadi no more excuses ye 🙂

Selamat Mencuba !